Sabtu, Disember 31, 2011

layan 2 filem

bulan ni layan 2 filem


ombak rindu.
ramai blogger kata filem ombak rindu best, ramai update status facebook kata filem ni 
sedih + best = merundum jiwa...betul la  kata dorang..
memang aku setuju pendapat dorang..filem ni memang best.
watak pembantu dengan watak utama sama-sama naik..


mula-mula Eza kena jual jadi pelacur dengan pakcik dia..
pastu  kebetulan Harris melanggan Eza..
terus Eza paksa  Harris kawin dengan dia..
last-last jatuh cinta ( kesian Mail)


Mila plak kawan sepermainan Harris sejak kecil...memang Mila suka Harris dari kecil lagi..
tau-tau kawin dengan Harris, Mila jadi 2nd wife Harris..itu la nak sangat kawin dengan Harris..dah Harris tak cintakan ko..sudah la..macam tak ade laki lain...emosi aku..huhuu..
 lepas Mila tau dia jadi 2nd wife..terus minta cerai..


ade juga pergolakan dalam keluarga yang Harris ni bukan anak kandung Datuk Saffiyyah..erm...sedih time ni..huhuu.. 


lastly happy ending...Harris dengan Eza bahagia menunggu anak sulung mereka...
suka..suka.. ending macam ni.. filem ni 5/5 bintang..memang terbaikk..


jack & jill
wajib tengok filem ni,,,lawak giler..kelakar sangat..gelak..gelak..pastu 5 minit rehat pastu sambung gelak..gelak..


kisah saudara kembar  Jack si abang yang telah berkahwin dan berjaya dalam kerjaya,,ada famili yang bahagia,, wife yang cantik dan memiliki 2 orang anak..


Jill plak adik perempuan kembar yang belum berkahwin dan sentiasa menyambut thankgiving bersama keluarga Jack..


filem ni bermula apabila Jack cuba membantu Jill mencari pasangan hidup..
macam-macam cara dia lakukan termasuk mem'publish' Jill di website yang tak sepatutnya..
kebetulan satu hari Jack mengajak Jill menonton perlawanan bola keranjang..
disini pertemuan Jill dengan Al Pacino berlaku....Johnny Depp pun timbul time ni..


macam-macam adegan lawak yang timbul,, kalau korang stress kerja dan nak release tension boleh layan filem ni..terbaikk..hihii..
lastly Jill sedar yang dia jatuh cinta dengan Pilipe..padahal sekali je dia melawat keluarga dan kawan-kawan Pilipe..adegan makan malam dengan keluarga Pilipe, adengan  Jill main bola, adegan Jack menyamar jadi Jill dalam toilet, adegan atas kapal, adegan Jack and Jill main skipping dan dll..


adehh..banyak sangat adegan yang menarik dalam filem ni, dari mula sampai tamat filem..
korang layan la filem ni,,mesti tak kecewa dan menyesal..
aku bagi 5/5 bintang untuk filem ni..terbaikk..


sekian..

welcome 2012

last day 31.12.2011..
selamat tinggal..tahun lalu..semoga semua yang di tinggalkan menjadi kenangan pahit manis..

selamat datang 2012..
semoga tahun baru ini menjadi lebih bermakna, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

sekian

Rabu, Disember 28, 2011

sayangi selangor

* karnival berlansung dari 28.12.2011-31.12.2011
* bertugas di karnival sayangi selangor ( 1 hari je..huhuu)
* I-City shah alam..


sampai I-City pukul 10 pagi...pastu angkat barang semua,, set up booth...siap..
tunggu sampai pengunjung singgah booth dan tanya soalan wajib seperti...

   -macam mana nak apply loan kalu baru mula meniaga
   -apa syarat-syarat wajib loan MARA
   - DLL


sementara menunggu pameran start pukul 3 petang..
tengok pertunjukan Akrobatik MOTOR-MOTOR kuasa besar..masing-masing dah pro..berapa tahun dorang traning ni...1 motor naik sampai 7 orang..giler hebat...clap..clap.. 


melawat dulu  kawasan I-City tapi kali ini memang lain sangat.. banyak sangat perubahan seperti...pertama sekali parking la, sejak bila plak parking kena bayar??"sejak bila plak ada ferris wheel ni,, ?? mini  roller coaster tu bila plak wujud..?? ade lagi..macam rumah salji tu bila plak pindah ..?? start bila rumah salji tu kena bayar..??
banyak betul soalan aku kan..herannn...  aku kerja kat shah alam ni tapi jarang-jarang nak singgah I-City..
 itu yang aku tak tahu tempat ni dah banyak berubah..


nasib la aku join pameran ni..tak tahu aku I-City dah berubah sesangat...huhuu..


sekian

Isnin, Disember 26, 2011

safee sali @hotfm

pagi-pagi lagi aq dengar radio hotfm, tup-tup guest dorg arini safee sali..

tiba-tiba nak cakap pasal mohd Mohd Safee Mohd Sali lebih terkenal dengan nama komersil   Safee Sali, tarikh lahir  Januari 29, 1984 di  Kajang, Selangor, Malaysia 

Beliau popular lepas jaringan gol menentang Indonesia untuk piala AFF SUZUKI CUP 2010...lepas tu, beliau juga ditawarkan bermain di liga Indonesia dengan Pelita Jaya FC. 
 
selain itu,  dia layak di gelar Safee Sali Penyerang Terbaik Asia..

~~ chayok..chayok,, go harimau malaya~~

~~go..go harimau malaya~~
Add caption

Jumaat, Disember 23, 2011

inovasi

selamat menyambut hari inovasi semua staff MARA selangor ..
aku start keje kat sini pada November 2008..
seperti biasa aku dapat anugerah wajib ;anugerah tanpa cuti sakit dan anugerah kedatangan terbaik..
start tahun 2009, 2010 dan tahun 2011, 3 tahun berturut-turut aku dapat anugerah ni...hatrik ni...hihii
bunyi macam riak je ayat ni..hihii...tahun 2008 tak boleh nak kira sebab aku join MARA pun da hujung tahun..baru ade rezeki kerja dengan MARA...


anugerah tanpa cuti sakit;; anugerah ni diberi kepada mereka yang tidak pernah mc  sepanjang setahun berkhidmat..
anugerah kedatangan terbaik;; anugerah ini diberi kepada mereka yang tidak pernah datang lewat ke pejabat dalam erti lain punch kad tak pernah merah..huhuu.. suka..suka..


bukan sijil semata-mata tapi kita kena ingat bekerja adalah ibadah dan tanggungjawab..
jadi selamat bekerja dan selamat menunaikan tanggungjawab.


sekian

Khamis, Disember 22, 2011

ok je la

hari sabtu lepas,(17.12.2011) layan filem songlap..
 tengok trailer macam menarik, tertarik, memang da doom ..


tapi tu la, nak cite banyak pun susah,
tengok trailer filem ni, macam banyak sangat aksi..
bila tengok full movie, agak kecewa..
ending pun tergantung..:(


anyway terima kasih la pada yang belanja

Khamis, Disember 15, 2011

mekasih BKMS

sat-sat tadi dpt hadiah dari BKMS..(badan kebajikan MARA selangor)
terima kasih bagi hadiah..
walaupun lambat bulan disember baru dpt..

sepatutnye boleh minta tunggakan hadiah ni,,
dah bape bulan tertunggak..

ish..ish...anyway mekasih badan ..
suka-suka..
hadiahnya berupa..tadaa... 
        
                                                              




~~COKELAT~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...