Khamis, Mei 17, 2012

kenyang sgt

sejak 2008 aku berkhidmat di Pejabat MARA Negeri Selangor ni..memang berat aku naik...
susah sebenarnya berat badan aku nak naik sebab metabolisma aku tinggi..
biasa berat aku dalam 43 kg je..memang susah nak naik n susah nak turun.. maintain cam tu je..

sejak2 keje kat sini asyik makan je..
jadual makan aku kat pejabat:-

9.30pagi - minum pagi - nasi goreng + air bali suam
1.00ptg - makan tengahari - nasi campur + air sirap
5.00ptg - minum petang - kuih-kuih + teh o

balik umah biasa aku tak makan sampai malam..
so esok aku ulang balik aktiviti makan mengikut jadual makan di atas..sekarang berat badan dah naik sampai 45 kg..
harap maintain cam nie je.. baju2 lama aku pun da byk aku bagi kat orang n sepupu..ketat n xmuat..

sekian 

Jumaat, Mei 11, 2012

program himpunan usahawan mikro, kecil & sederhana

Pemeran sempena Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana berlangsung di 
Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
tugas pada hari khamis jam 1 ptg-6 ptg..
Pada hari perasmian oleh YAB PERDANA MENTERI

Ahad, Mei 06, 2012

konsert MANIA

3 minggu berturut-turut aku menang tiket era ke konsert MANIA...huhuu.. Bila tengok rancangan secara langsung nie..hebat + menarik..Nampak pengacara Aznil Hj Nawawi tu depan mata kat atas pentas lagi..Memang x pecaya tapi, da 3 minggu berturut-turut aku menang..  

Suara penyanyi Malaysia ni memang hebat la .suara pergh pergh belaka. especially  Jaclyn Victor key suara paling tinggi siap keluar urat tengkok, meremang bulu roma, bergegar kompleks Sukan Shah Alam tu..Kalau orang kata penyanyi tu, penyanyi ni x boleh nyanyi live memang tipu la..

Bila dah rasa dan dengar penyanyi kat konsert MANIA nyanyi live..tabit spring la..Dorang memang hebat..

Sekian 

Sabtu, Mei 05, 2012

timing belt motor putus

Semalam dalam perjalanan balik kerja, jadi kat Federal Highway batu 3 tetiba enjin motor mati. 'Try' hidupkan semula tapi tak boleh pulak. Mula cuak, terus nangis .sebab xpenah jadi, tetiba je motor jem. Minta tolong sapa2 yang lalu kat jalan motor Federal Highway tu. Ada Sorang pakcik umur dalam lingkungan 50an benti.Pak cik tu bawa motor Honda ex5.  katanya timing belt motor putus.. Ah! sudah! timing belt apa plak? Mana plak duduk timing belt tu..?? stress... 


Pakcik tu cuba tolong aku, tapi x larat la nak tolak sampai kedai repair motor yang paling dekat.. jauh plak, meraung la aku tepi jalan. Pastu ada plak sorang abang dalam lingkungan lewat 20an. Benti tolong kitaorang yang terkial-kial nie... Dia suruh aku bawa motor dia, tak silap dia pakai motor lagenda.. Nasib baik aku reti bawa motor ade clash..
Kesian abang tu, tolak motor skuter aku,, tau la skuter berat..aku pakai skuter jenis Naza Symphony 125.. terima kasih sangat.

Straight je jalan motor tu..sampai dekat station minyak shell yang belum beroperasi lagi. Minta tolong dengan sorang abang yang kebetulan ada kat situ minta tolong kalu ade tali..nak tarik motor aku dengan motor pakcik tadi..Nasib baik ada tali, senang sikit, kesian kat abang tu tolak motor aku, berpeluh-peluk, turun naik bukit-bukit tu...

Lastly sampai kat kedai motor area Subang Jaya, pastu masing-masing bekenalan kat depan kedai motor tu. Nama pakcik tu Hashim, Sarjan Hashim, nama abang tu, Rahim, Inspektor Rahim.. Saya Azila.. senyum2 malu2 aku..
rupa2nya dua-dua tu polis..aku tak expect la dorang tu polis sebab dorang pakai tshirt biasa je..Terima kasih Polis Malaysia kerana banyak membantu. Jasa baik anda berdua akan saya kenang.. Semoga kehidupan anda akan sentiasa dirahmati dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki.Amin..


Orang perempuan nie tau bawa je, tak kira la motor ke kereta ke..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...